02 March 2012

Jangan Tidur Waktu Senja ! Tak Baik

Assalamualaikum

Salah satu pantang larang yang sudah semakin dilupakan adalah tidur pada waktu senja.Sekarang ini main langgar saja,senja ke,subuh ke,semuanya sama.Satu perkara yang paling dijaga oleh orang-orang tua dahulu kala adalah tidur pada waktu senja.Jika anak kecik nak terlelap pun akan dikejutkan supaya jangan sampai tertidur pada waktu senja.

Ini disebabkan kerana syaitan suka berada di anatara dua keadaan,maka waktu tidur adalah antara waktu yang mudah untuk seseorang dimasuki syaitan.Ini kerana waktu tidur terletak antara hidup dan mati seseorang sebagaimana sabda Rasulullah SAW
"Tidur itu saudara mata"
Jadi,ketika manusia tidur dalam keadaan lalai,maka mudahlah syaitan menerjah masuk ke dalam mimpi dan perasaan kita.Adakalanya manusia yang tidur akan mengalami mimpi yang menakutkan hasil serangan syaitan.Macam itu juga kita yang sering tidur pada waktu senja menjelang maghrib.Mereka akan mengalami kecelaruan fikiran tatkala bangun daripada tidur.Memang tiada dalil yang melarang seseorang itu tidur selepas asar,tetapi apabila diperhatikan kepada bahaya membiarkan jasad dalam keadaan separuh sedar pada saat syaitan berkeliaran,maka sesetengah ulama melarang seseorang itu untuk tidur selepas asar..patutlah time kat sekolah agama dulu kawan selalu larang tidur lepas asar.hihi ^__^

Mungkin anda semua pernah dengar...jika kita tidur 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan kita gila..ada juga yang kata jika tidur sedikit pada waktu tengahari tidaklah dilarang.Ini kerana ianya dapat mengimbangi kekuatan badan.
".....sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas asar)"
Atiey terasa bila teringat selepas balik kerja ambil bantal terus terlelap...duhhhh(!) hahahha ^__^ terdiam sekejap




4 comments:

  1. wahh ..Nice info .
    Adik aien selalu tido waktu senja ,,bile bangun jadi blurr

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..ingat tu.jgn tidur waktu senja tau :)

      Delete
  2. ada penjelasan ilmiahnya tidak ?

    ReplyDelete
  3. Izinkan saya ambil maklumat ni ye? dan saya kredit ke blog sis. Jzkk.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Sila Tinggalkan Jejak Anda Di Sini Ye..
Senang Untuk Atiey Jejak Anda Balik :)
Tinggalkan SATU Jejak Pun Jadilahhh ! Hehe